Erti Sebuah Persahabatan

01:54

Dalam hidup ini, 
Kita tak punya sesiapa,kecuali diri sendiri.
Tetapi dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana
Mempunyai sahabat yang memahami kita,

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,
Begitulah juga dirinya,
Tetapi kita sering lupa akan hal itu..


Cuma mengambil tahu tentang harapan dan perasaan kita,
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti,
Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami,
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan rasa gembiranya?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan,
RENUNGILAH


Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya,
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya,
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela dirinya.

Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati,
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita,
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya.?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa tetapi kita sering lupa..

Yang selalu berada di sisi pada waktu kita memerlukannya,
Dia mendengar luahan perasaan, segala rasa kecewa dan ketakutan kita,
Harapan dan impian juga kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah,
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang kita terlupa,
Sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita,
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbang dan rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya,
Sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkah dia yang kita boleh dipercayai,
Boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah,agar tidak rebah..?

Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat
Kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut,ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan sahabat.
Sebagai kekuatan, jadilah kita sahabatnya itu.

Disebalik senyumannya, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.
Disebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan
Kita tidak tahu
Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,
Mungkin kita akan tahu

HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DI SEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA.

You Might Also Like

0 comments